Aini Jasmin

Aini Jasmin ialah seorang pelakon filem Melayu Singapura sekitar 1950-an. Beliau dilahirkan pada tahun 1927 di Jakarta, Indonesia kini.[1] Beliau mula melibatkan diri dalam dunia lakonan sejak zaman remaja dengan mengikut kumpulan pentas bangsawan di Indonesia. Beliau kemudian menyertai studio Shaw Brothers di Singapura pada tahun 1950-an dan mula melibatkan diri dalam lakonan di layar perak. Banyak lakonan beliau melibatkan watak sampingan terutamanya sebagai pembantu rumah. Beliau telah meninggal dunia 29 Ogos 1988.